Kelas Keusahawanan Asas Solekan & E-Learning (Facebook Live)

8 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu – 7 Jun 2020, Pusat Internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas keusahawanan iaitu Kelas Asas Solekan atas talian dan E-Learning (Facebook Live). Kelas ini diadakan pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Kelas ini merupakan kerjasama antara PI Lubok Antu dengan Puan Jacqueline Mitchell Sirai yang merupakan salah satu usahawan Lubok Antu.

Tujuan kelas ini dianjurkan untuk membekalkan kemahiran asas solekan bagi tujuan memperkembangkan lagi kemahiran sedia ada dalam kalangan penduduk sekitar Lubok Antu agar dapat dijadikan batu loncatan dalam memulakan perniagaan atas talian. Selain itu, kelas ini juga adalah bagi mendedahkan peserta dengan penggunaan Facebook Live atau video dalam mempromosikan perniagaan dan produk mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali